Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn

Mengenali Gaya Pembelajaran Kendiri Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa gaya pembelajaran merupakan kaedah seseorang menumpu, memproses, menyerap dan mengingat maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar. Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut: kebanyakan individu mampu dan boleh belajar setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu gaya pembelajaran individu akan bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat disesuaikan dengan gaya pembelajaran seseorang itu akan dapat mengoptimumkan proses pembelajaran. Dun dan Dunn menyatakan individu pelajar dapat mempertingkatkan prestasi mereka sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran dapat disesuaikan dengan mengikut gaya pembelajaran mereka. Dunn dan Dunn (1978) mengkategorikan gaya pembelajaran kepada 5...