Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn

Mengenali Gaya Pembelajaran Kendiri
Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn

Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa gaya pembelajaran merupakan kaedah seseorang menumpu, memproses, menyerap dan mengingat maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar. Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
  • kebanyakan individu mampu dan boleh belajar
  • setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu
  • gaya pembelajaran individu akan bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
  • iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat disesuaikan dengan gaya pembelajaran seseorang itu akan dapat mengoptimumkan proses pembelajaran.

Dun dan Dunn menyatakan individu pelajar dapat mempertingkatkan prestasi mereka sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran dapat disesuaikan dengan mengikut gaya pembelajaran mereka. 
Dunn dan Dunn (1978) mengkategorikan gaya pembelajaran kepada 5 bahagian iaitu Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal. Model Dunn dan Dunn telah digunakan untuk mengkaji pelbagai jenis pelajar dari peringkat tadika sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.

1.    PERSEKITARAN
a.    Bunyi
Suka belajar tanpa bising atau dengan mendengar muzik.

b.    Cahaya
Mengambil kira aspek berkenaan dengan mengikuti kesesuian diri ketika memilih tempat yang sesuai belajar



c.    Suhu
Suka belajar di tempat yang sejuk atau panas. Suhu yang panas menyebabkan fikiran dan emosi seseorang terganggu.
         

d.    Reka bentuk
Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di atas lantai.




2.    EMOSIONAL
a.    Motivasi          
Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang oleh guru.

b.    Kecekalan
Boleh belajar dalam jangka masa yang pendek atau panjang.


c.    Tanggungjawab
Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan oleh guru.

d.    Struktur
Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya lebih masa diberi untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara.


  
3.    Sosiologi
a.    Sendiri
Suka belajar secara sendirian.



b.    Pasangan
Suka belajar secara pasangan.

c.    Rakan sebaya
Suka belajar dengan rakan sebaya.




d.    Dewasa
             i.    Pasukan-Suka belajar dalam pasukan.
            ii.    Guru-Suka belajar dengan bimbingan guru


4.    Fizikal
a.    Persepsi pancaindera
Suka belajar melalui visual, auditif, tactual & kinestetik


b.    Makanan dan minuman
Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar.



c.    Waktu / tempoh belajar
Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa.


d.    Gerakan / mobiliti
Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar.



  
5.    Psikologi
a.    Global atau Analitik
Pelajar global suka belajar secara menyeluruh; pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis.



b.    Otak Kiri atau Otak Kanan
             i.    Pelajar yang memproses maklumat menggunakan otak kiri suka belajar bahagian-bahagian bahasa, dan membuat pengiraan dan analisis;
            ii.    Pelajar yang memproses maklumat menggunakan otak kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu.




c.    Impulsif atau Reflektif
Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum bertindak.




















Comments

  1. Do Titanium has nickel in it?
    When titanium mens wedding band you look at the numbers, they are ffxiv titanium nugget a race tech titanium very familiar representation 나비효과 of smith titanium zinc oxide. These gold plating features the ability to use copper oxide in the

    ReplyDelete

Post a Comment